KONCO-KONCO GENG TERDESAK

KONCO-KONCO GENG TERDESAK
shahril.mie.che we.nawi.rizal.ijal bro.ajib.el.ron

Pengembaraan Bermula

Team pemancing terdesak yang betul betul terdesak gila

Friday, October 8, 2010

mana semua ni?

mana semua kawan2 lama ku...he3..
bangun2 kita kasi gegar sikit pancing2 kita tu bagi tertanggal habuk yg dah lama melekat...ha3..
pe kata kita wat trip mancing tuk ujung taun ni....
apa kata geng2 semua....

Friday, June 4, 2010

hantu air

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.
Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.
Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.
Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Hantu_air"

sabar ke korang?

org kata kalau nak memancing kena ada sifat sabar. Pendapat ini sememangnya tak boleh dinafikan kerana orang yang kurang sabar jarang sangat meminati hobi ini. Banyak perkara dan kejadian yg menuntut kesabaran, antaranya....

1.Tali pancing kusut dan bersimpul-simpul tatkala ikan sedang rancak menyambar ikan.
2.Langsung tak dapat ikan tatkala member di kiri kanan asyik tarik ikan dengan umpan yang sama.
3.Ikan bukan main galak main air tapi sekor pon tak mahu jamah umpan walau mencium sekalipn.
4.Berjam tunggu sekor ikan pun tak dapat tapi orang lain datang terus dapat ikan di tempat yg sama.
5.Kaki jaring dan jala dgn penuh selamba melakukan aktiviti diaorg depan mata ketika korang sedang memancing.
6.Tak boleh nak buka mata kerana mabuk laut sedangkan member-member rancak bertarung dgn ikan.

Saturday, April 24, 2010

PETUA MABUK LAUT


Tak tau la petua ni boleh pkai atau tak.. Ade macam betul. Ade gak cam merepek.. Tapi apr boleh buat, dah name pon petua.... Try jgn tak try.




1. Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.

*kalau urut pon tak boleh hilang mabuk, suruh la mmbe2 pukul dgn batang joran pulak

2. Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.

*Uiks.. boleh caye ke ni??

3. Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.

*Pastikan tak ada jerung sebelum terjun..

4. OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.

* nnti ade pilak kes tertelan kulit limau.

5. Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.

*Keledek goreng pon sodap

6. Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air l limau sebelum memakannya.

*Pisang goreng pon sodap

7. Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.

* Huhu.. nasib baik tak selit kt celah2 tuuuttt...

8. Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.

*Tumbuk gunakan penumbuk ye encik2 dan puan2..

9. Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.

*Jgn bawak brandy ataupon whiskey kerana ini akan memabukkan anda..

Kalau mabuk laut gak, biarkan je.. layan je mabuk tu.. zassss..

"SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MEMANCING"

Monday, March 1, 2010

Tips memancing


Tips Memancing Ikan di Laut Keberadaan ikan di laut selalu ditandai dengan gejala-gejala alam yang ada. Bagi mania laut membaca tanda-tanda keadaan alam paling tidak menjadi pengetahuan dasar untuk keberhasilan memancing. Nah, sebenarnya tanda alam apa saja yang perlu diketahui oleh mania mancing?

Para kapten laut ataupun mania mincing selalu menjadikan tanda-tanda alam sebagai panduan untuk mengetahui keberdaan ikan-ikan. Kelihaian membaca alam inilah yang membuat kesuksesan dalam memancing.

Banyaknya Burung

Banyaknya burung merupakan tanda-tanda alam pertama. Salah satu panduan bahwa di lokasi ada banyak ikan adalah dengan hadirnya banyak burung. Burung-burung tersebut sedang mencari makanan yang secara kebetulan di permukaan air terdapat banyak ikan-ikan kecil. Yang ikut menikmati 'hidangan' ikan-ikan kecil bukan hanya burung-burung yang terbang di udara saja, namun ikan-ikan ukuran sedang dan besarpun ikut berpesta.

Sudah menjadi hukum alam atau hukum rantai makanan bahwa ikan-ikan besar selalu memakan ikan kecil. Jadi bila banyak ikan kecil di lokasi tersebut pasti di sekitarnya terdapat ikan-ikan besar.

Nah, memancing trolling di sekitar kumpulan ikan lebih menjanjikan dibanding memancing di lokasi yang tidak jelas ada tanda-tanda keberadaan ikan.

Sampah Kayu

Ciri kedua sebagai lokasi ikan adalah adanya sampah kayu di tengah laut. Batang pohon yang terhanyut arus ditengah laut membawa plankton-plankton kecil. Kumpulnya plankton- plankton ini membuat ikan kecil pun beramai-ramai makan plankton. Karena banyak ikan kecil di sekitar sampah kayu ternyata mengundang perhatian ikan-ikan yang lebih besar seperti ikan lemadang misalnya.

Karang

Ciri ketiga sebagai lokasi ikan adalah keberadaan karang di tengah laut. Karang merupakan struktur yang keras yang berupa bebatuan. Di dalam karang ternyata banyak tumbuh biota-biota dan rumput- rumput karang yang menjadi rumah ikan. Ikan-ikan kecil biasanya banyak mencari makan dan berlindung di lokasi yang berkarang.

Sebagai lokasi persembunyian ikan-ikan kecil maka di sekitar karang menjadi gudang makanan bagi ikan-ikan besar maupun ikan predator.

Mancing di karang memang menjanjikan. Pertanyaannya bagaimana kita bisa mengetahui bahwa di dalam laut terdapat karang cetek (dangkal) maupun karang dalam? Dahulu sebelum ada alat elektronik semacam depth sounder maupun Global Position System (GPS) para nelayan hanya melihat ombak di permukaan air. Setelah mereka menduga ada karang di bawah dengan panduan ombak, merekapun lantas menurunkan timah pemberat dan menganalisa struktur di dasar. Cara ini oleh nelayan disebut dengan nama ngelot.

Tubiran laut

Tanda alam yang menjadi lokasi ikan yang keempat adalah tubiran laut (drop off), dasar laut dari yang plat tiba-tiba mendadak ke dalam atau seperti jurang, di sinilah merupakan lokasi strategis penangkapan ikan. Banyaknya ikan di lokasi ini diakibatkan oleh arus laut yang membawa plankton naik ke atas sehingga mengundang banyak ikan kecil di lokasi tersebut. Ikan-ikan kecil inilah yang menjadi perhatian ikan besar.

Gunung di Laut

Layaknya sebuah di daratan, struktur dasar lautan ada yang menyerupai gunung, yang oleh para mania mancing disebut dengan sea mount reef. Lantaran arus laut tertahan oleh gunung sehingga arus tersbut naik dan membawa plankton, sehingga ikan di sana banyak. Selain tertahannya arus, gunung di tenah laut juga menyuburkan karang-karang yang menjadi rumah ikan. Jadi mancing di seamount reef tentu saja lebih menjanjikan dibanding lokasi lain. Bahkan ikan yang di dapatpun lebih variatif seperti ikan dasar dan ikan pelagis. Cara melihat seamount reef dapat dilakukan dengan menggunakan depth sounder dan GPS.

Monday, February 22, 2010

hi...kengkawan semua...aku bosan ni...x der aktiviti lagi ke nak wat...
buat ar aktiviti mancing lagi....
ader bran?

Wednesday, February 10, 2010

PEMANCING TERDESAK: AKTIVITI MEMANCING DI KELONG MAHMOOD 2 LUKUT.


PEMANCING TERDESAK: AKTIVITI MEMANCING DI KELONG MAHMOOD 2 LUKUT.

AKTIVITI MEMANCING DI KELONG MAHMOOD 2 LUKUT.













7 FEB 2010 MERUPAKAN PENGALAMAN PERTAMA AKU DALAM AKTIVITI MEMANCING DI KELONG.PADA MULANYA AGAK GOYANG JUGAK,MAKLUM LA NI FIRST TIME ORANG CAKAP.KELONG INI TERLETAK DI DAERAH KUALA LUKUT.JARAK JETI KE KELONG MENGAMBIL MASA LEBIH 10 MINIT JE..BERGANTUNG KEPADA CUACA DAN OMBAK.PERTAMA KALI NAIK BOT FIBER NI GOYANG JUGAK LA RASANYA...KECIK LAK TU...CAM MELAYANG JE..TAPI GUA TABAH JE..NAWI DAN SUHAIMI BUAT MUKA SELAMBA JE AKU TENGOK...NASIB BAIK X MUNTAH...HAAA...HAAAA
AKU PERGI DENGAN NAWI DAN MIEMIE JE...3 ORANG PUN LAYAN JE LAH...JANJI NAK CARI PENGALAMAN...KLAU BOLEH SEMUA TEMPAT KITAORG NAK TEROKAI..
ADA ORANG CAKAP KELONG NI SUSAH NAK DAPAT IKAN...TAPI LANTAK LAA...JANJI LEPAK KAT ATAS NI HILANG TENSION LEH SANTAI LAGI TU..
NAIK KELONG JE HANYA KITA 3 ORANG JE YANG ADA...PE LAGI...ENJOY...
KELONG NI KITA YANG PUNYA...SEGALA TEKNIK MEMANCING KITAORG GUNA..DARIPADA BASIC SAMPAI LA KITAORG GUNA TEKNIK YANG AGAK MEREPEK MERABAN SEMUA...PEDULI APA...SAPER YANG NAK TENGOK..
1 HARI X PUAS AR...BEKALAN MAKANAN DAN MINUMAN HABIS...SO TERPAKSA LAH BALIK JUGAK..
DIATAS KELONG SEMPAT JUGAK AKU CORETKAN NAMA BLOGSPOT NI DIDINDING KELONG TERSEBUT SEBAGAI KENANG-KENANGAN ABADI...
DESTINASI SELEPAS NI ADALAH KELONG MAHMOOOD 1 YANG TERLETAK DI BAGAN LALANG..MUNGKIN LPAS TAHUN BARU CINA NI...

Friday, February 5, 2010

Trip Mancing To Yan, Kedah

To all pemancing terdesak member, saya (shahril) akan mengikuti satu trip memancing ke Yan, Kedah bersama satu geng mancing lain (Otai Fishing Gang - SONY)pada 14-15/02/2010. Trip sasaran mereka adalah Tengiri. Saya akan cuba meminta contact number tekong dan melihat kaedah yang mereka praktikkan. Sekiranya trip ini mendapat hasil lumayan, mungkin geng terdesak pula akan menganjurkan trip ke sana. Saya meminta semua ahli mendoakan trip ini semoga selamat dan berjaya. Adios. i love u all.../ (gambar Otai Fishing Gang)

Tuesday, January 19, 2010

susahnya nak dapat ikan

knapa la susah sngat mancing nak dapat ikan.atau aku bukan la seorng pemancing yang baik..pergi mna2 je mesti kandor,dapat lak ikan pelik2..halus dan comel je ikan yang aku dapat...apa yang perlu aku wat...nak menuntut ilmu x tau kat mana lak..korang kalau ada pe2 petua bagi la kat aku ni...

Monday, January 18, 2010

SAYANGI SUNGAI DAN LAUTAN KITA

SALAM SEMUA AHLI GENG
DISINI SAYA INGIN MENYERU SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENJAGA LAUTAN DAN SUNGAI KITA.JANGAN KITA CEMARINYA,KERANA ANAK-ANAK KITA TIDAK DAPAT HENDAK MEMANCING MACAM KITA SEKARANG ,KALAU PARIT TIDAK MENGAPA KOT.INI ADALAH KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT UNTUK KITA SEMUA.


OK TAK UCAPAN AKU NI...
HAAA HAAAA....HAAA

Sunday, January 10, 2010

Laluan Kapal Di Pulau Sembilan Menghampakan...


Pada Trip Kali Ini,Geng Terdesak Betul2 Terdesak Kerana Ikan2 Yang Di Inginkan Tak Kesampaian Di Naikkan Kerana Lokasi Kali Ini Betul2 Mencabar.Biar Pun Begitu,Geng Terdesak Akan Tetap Dengan Trip2 Baru Yang Akan Menyusul Tak Lama Lagi...

Friday, January 8, 2010

GENG TRIP LALUAN KAPAL PULAU SEMBILAN


Salam semua ahli.Disini saya ingin masukan sedikit gambar semasa kita memancing Kepulau sembilan tempoh hari (5/1/2010).Banyak juga gambar yang dapat dirakam sewaktu expidisi kali ini.Masron sebagai CAMERAMAN yang terlatih telah diberi kepercayaan untuk melakukan tugas ini.Taniah kepada semua ahli GENG TERDESAK kerana bersama-sama menjayakan Expidisi kali ini.Antaranya Sharil(president)RIzalman(umpan man)nawi(penganjur trip)ejal bro(juara jack port)ajib(killer man)suhaimi(fishing idols)masron(cameraman)EL(interframe man)dan tidak lupa juga kapada che we (glamour man).Banyak aktiviti suka duka untuk trip kali ini,sebagai kenangan banyak gambar lain akan menyusul...syabas semua

sekian terima kasih.

Wednesday, January 6, 2010

MABUK DARAT MELANDA

Salam semua geng..
korang semua ok ke?Aku skarang dilanda mabuk darat,semua x leh buat..

Penatnya memancing

Letih betul untuk trip kali ini..
Ini adalah betul2 mencabar diri kitaorg..dari segi mesin,ombak dan jarak perjalanan memang amat memenatkan..aku sangkakan panas rupanya suam2 kuku je...heee heee...
kalau mcam ni mcam mana nak gi plantar ni....adoi baget2222222...
X PUAS HATI NAK PERGI LAGI
ADA SESAPA ANTARA KORANG YANG BERANI TUK JADI TEKONG DARAT TAK?


LAYAN

Monday, January 4, 2010

persiapan ke pulau sembilan


0345
lokasi: rumah nawi
(mie, ajib, ron, nawi, cik we, ank buah mie)
semua masih belum tidur lagi. mungkin kerana excited nak memancing esok. semua peralatan dah tersusun rapi. ajib masih sibuk menyiapkan perambut dgn cik we. mie pula nmpk relax sbb semua dh siap awl2. ron asyik menghadap laptop & nawi x tau nak buat ape.

0418
nawi, mie & cik we berjaya tidur akhirnya. mungkin tgh mimpi ikan duyung dtg mengorat.

Kaedah Berkesan Untuk Jigging


Penggunaan eco sounder atau fish finder adalah dimestikan untuk memastikan kejayaan teknik jigging. Dengan adanya kecanggihan teknologi dalam mengenal pasti lubuk-lubuk ikan tertentu, jig akan dilepaskan di tempat-tempat yang didiami oleh ikan. Dalam konteks tempatan, tidak semua ikan berjaya diperdayakan dengan kepingan besi walaupun sekali-sekala ada juga spesis-spesis tertentu yang jarang meratah jig seperti ikan merah, kerapu dan ikan-ikan dasar yang lain turut terpedaya. Antara spesis tempatan yang dikenal pasti menjadikan kepingan besi sebagai menu tetap mereka adalah seperti cupak, gerepoh, tenggiri, jenahak, senangin dan alu-alu.






Dengan adanya teknologi GPS, sekiranya spesis tertentu berjaya dikenal pasti kedudukannya, mudahlah bagi kita untuk mengulangi spot yang sama. Jig akan dibuang 10 hingga 20 kaki ke bawah dari kumpulan ikan yang dikenalpasti melalui sounder. Jigging melalui cara ini tentunya lebih berkesan daripada jigging secara membabi-buta. Janganlah, asal nampak air je nak turunkan jig.Keberkesanan jigging selalu dikaitkan dengan gaya larian jig yang kelihatan seperti anak-anak ikan yang cedera. Selain itu, ikan juga menyambar jig kerana geram dan terganggu dengan pergerakan jig. Oleh itu, kemahiran berjigging atau mengunjun adalah mustahak untuk memperdayakan mangsa.

BOT TERPANTAS


Jangan bot Macam ni sudah..

LAYAn

Esok dah nak Gerak ( 5 jan 10)



mie-mie
ajib 23
banax ajib
Salam semua..
esok pagi dah nak gerak ni pkul 5 am.Malam ni aku bermalam dirumah nawi bertemankan mie-mie...pe lagi prepare perambut ngan pancing la..Rumah ni dah mcam showroom pancing plak...Biasa ar nawi mempoyokan barangan dia kepada kami...
Tidak sabar menunggu untuk membuat persembahan mantap esok....haaa haaaa..yang penting persembahan joran banax aku best dari yang lain...

Saturday, January 2, 2010

2 hari je lagi.


x sabar rasanya nak menunggu 2 hari lagi untuk geng TERDESAK turun kelaut (pulau 9) .
Mengigil dah joran kami semua ni.Persiapan semua sudah dibuat awal lagi (der member yang abis beribu jgak) heee hee..Walaupun asyik hujan je skang ni itu tidak menganggu persiapan kami kerana bot sudah dibayar (Rm 200 sorang tu) haaa haaaa....layan..

SEBAHAGIAN AHLI GENG

sharil
navi
Ijal Hafiz
shuhaimi
roshelmi