KONCO-KONCO GENG TERDESAK

KONCO-KONCO GENG TERDESAK
shahril.mie.che we.nawi.rizal.ijal bro.ajib.el.ron

Pengembaraan Bermula

Team pemancing terdesak yang betul betul terdesak gila

Tuesday, January 19, 2010

susahnya nak dapat ikan

knapa la susah sngat mancing nak dapat ikan.atau aku bukan la seorng pemancing yang baik..pergi mna2 je mesti kandor,dapat lak ikan pelik2..halus dan comel je ikan yang aku dapat...apa yang perlu aku wat...nak menuntut ilmu x tau kat mana lak..korang kalau ada pe2 petua bagi la kat aku ni...

Monday, January 18, 2010

SAYANGI SUNGAI DAN LAUTAN KITA

SALAM SEMUA AHLI GENG
DISINI SAYA INGIN MENYERU SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENJAGA LAUTAN DAN SUNGAI KITA.JANGAN KITA CEMARINYA,KERANA ANAK-ANAK KITA TIDAK DAPAT HENDAK MEMANCING MACAM KITA SEKARANG ,KALAU PARIT TIDAK MENGAPA KOT.INI ADALAH KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT UNTUK KITA SEMUA.


OK TAK UCAPAN AKU NI...
HAAA HAAAA....HAAA

Sunday, January 10, 2010

Laluan Kapal Di Pulau Sembilan Menghampakan...


Pada Trip Kali Ini,Geng Terdesak Betul2 Terdesak Kerana Ikan2 Yang Di Inginkan Tak Kesampaian Di Naikkan Kerana Lokasi Kali Ini Betul2 Mencabar.Biar Pun Begitu,Geng Terdesak Akan Tetap Dengan Trip2 Baru Yang Akan Menyusul Tak Lama Lagi...

Friday, January 8, 2010

GENG TRIP LALUAN KAPAL PULAU SEMBILAN


Salam semua ahli.Disini saya ingin masukan sedikit gambar semasa kita memancing Kepulau sembilan tempoh hari (5/1/2010).Banyak juga gambar yang dapat dirakam sewaktu expidisi kali ini.Masron sebagai CAMERAMAN yang terlatih telah diberi kepercayaan untuk melakukan tugas ini.Taniah kepada semua ahli GENG TERDESAK kerana bersama-sama menjayakan Expidisi kali ini.Antaranya Sharil(president)RIzalman(umpan man)nawi(penganjur trip)ejal bro(juara jack port)ajib(killer man)suhaimi(fishing idols)masron(cameraman)EL(interframe man)dan tidak lupa juga kapada che we (glamour man).Banyak aktiviti suka duka untuk trip kali ini,sebagai kenangan banyak gambar lain akan menyusul...syabas semua

sekian terima kasih.

Wednesday, January 6, 2010

MABUK DARAT MELANDA

Salam semua geng..
korang semua ok ke?Aku skarang dilanda mabuk darat,semua x leh buat..

Penatnya memancing

Letih betul untuk trip kali ini..
Ini adalah betul2 mencabar diri kitaorg..dari segi mesin,ombak dan jarak perjalanan memang amat memenatkan..aku sangkakan panas rupanya suam2 kuku je...heee heee...
kalau mcam ni mcam mana nak gi plantar ni....adoi baget2222222...
X PUAS HATI NAK PERGI LAGI
ADA SESAPA ANTARA KORANG YANG BERANI TUK JADI TEKONG DARAT TAK?


LAYAN

Monday, January 4, 2010

persiapan ke pulau sembilan


0345
lokasi: rumah nawi
(mie, ajib, ron, nawi, cik we, ank buah mie)
semua masih belum tidur lagi. mungkin kerana excited nak memancing esok. semua peralatan dah tersusun rapi. ajib masih sibuk menyiapkan perambut dgn cik we. mie pula nmpk relax sbb semua dh siap awl2. ron asyik menghadap laptop & nawi x tau nak buat ape.

0418
nawi, mie & cik we berjaya tidur akhirnya. mungkin tgh mimpi ikan duyung dtg mengorat.

Kaedah Berkesan Untuk Jigging


Penggunaan eco sounder atau fish finder adalah dimestikan untuk memastikan kejayaan teknik jigging. Dengan adanya kecanggihan teknologi dalam mengenal pasti lubuk-lubuk ikan tertentu, jig akan dilepaskan di tempat-tempat yang didiami oleh ikan. Dalam konteks tempatan, tidak semua ikan berjaya diperdayakan dengan kepingan besi walaupun sekali-sekala ada juga spesis-spesis tertentu yang jarang meratah jig seperti ikan merah, kerapu dan ikan-ikan dasar yang lain turut terpedaya. Antara spesis tempatan yang dikenal pasti menjadikan kepingan besi sebagai menu tetap mereka adalah seperti cupak, gerepoh, tenggiri, jenahak, senangin dan alu-alu.






Dengan adanya teknologi GPS, sekiranya spesis tertentu berjaya dikenal pasti kedudukannya, mudahlah bagi kita untuk mengulangi spot yang sama. Jig akan dibuang 10 hingga 20 kaki ke bawah dari kumpulan ikan yang dikenalpasti melalui sounder. Jigging melalui cara ini tentunya lebih berkesan daripada jigging secara membabi-buta. Janganlah, asal nampak air je nak turunkan jig.Keberkesanan jigging selalu dikaitkan dengan gaya larian jig yang kelihatan seperti anak-anak ikan yang cedera. Selain itu, ikan juga menyambar jig kerana geram dan terganggu dengan pergerakan jig. Oleh itu, kemahiran berjigging atau mengunjun adalah mustahak untuk memperdayakan mangsa.

BOT TERPANTAS


Jangan bot Macam ni sudah..

LAYAn

Esok dah nak Gerak ( 5 jan 10)



mie-mie
ajib 23
banax ajib
Salam semua..
esok pagi dah nak gerak ni pkul 5 am.Malam ni aku bermalam dirumah nawi bertemankan mie-mie...pe lagi prepare perambut ngan pancing la..Rumah ni dah mcam showroom pancing plak...Biasa ar nawi mempoyokan barangan dia kepada kami...
Tidak sabar menunggu untuk membuat persembahan mantap esok....haaa haaaa..yang penting persembahan joran banax aku best dari yang lain...

Saturday, January 2, 2010

2 hari je lagi.


x sabar rasanya nak menunggu 2 hari lagi untuk geng TERDESAK turun kelaut (pulau 9) .
Mengigil dah joran kami semua ni.Persiapan semua sudah dibuat awal lagi (der member yang abis beribu jgak) heee hee..Walaupun asyik hujan je skang ni itu tidak menganggu persiapan kami kerana bot sudah dibayar (Rm 200 sorang tu) haaa haaaa....layan..

SEBAHAGIAN AHLI GENG

sharil
navi
Ijal Hafiz
shuhaimi
roshelmi

Si Sepit Biru Endau Rompin

kalu nak tau ini la wadie, orang yang menyebabkan tertubuhnya geng terdesak nie..
sepit biru dari isa, ADA BERAN KA??? (muka terdesak giler)
galah pendek pun ok gak..
toman altantunya by rizal..

GENG MANCING TERDESAK

EL ngan kuraunya 5kg (naik ikan pas mabuk). Lokasi, port klang gi ngan tekong Wak harun
SEJARAH TERTUBUHNYA NAMA TEAM INI????