KONCO-KONCO GENG TERDESAK

KONCO-KONCO GENG TERDESAK
shahril.mie.che we.nawi.rizal.ijal bro.ajib.el.ron

Pengembaraan Bermula

Team pemancing terdesak yang betul betul terdesak gila

Saturday, April 24, 2010

PETUA MABUK LAUT


Tak tau la petua ni boleh pkai atau tak.. Ade macam betul. Ade gak cam merepek.. Tapi apr boleh buat, dah name pon petua.... Try jgn tak try.




1. Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.

*kalau urut pon tak boleh hilang mabuk, suruh la mmbe2 pukul dgn batang joran pulak

2. Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.

*Uiks.. boleh caye ke ni??

3. Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.

*Pastikan tak ada jerung sebelum terjun..

4. OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.

* nnti ade pilak kes tertelan kulit limau.

5. Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.

*Keledek goreng pon sodap

6. Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air l limau sebelum memakannya.

*Pisang goreng pon sodap

7. Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.

* Huhu.. nasib baik tak selit kt celah2 tuuuttt...

8. Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.

*Tumbuk gunakan penumbuk ye encik2 dan puan2..

9. Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.

*Jgn bawak brandy ataupon whiskey kerana ini akan memabukkan anda..

Kalau mabuk laut gak, biarkan je.. layan je mabuk tu.. zassss..

"SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MEMANCING"