KONCO-KONCO GENG TERDESAK

KONCO-KONCO GENG TERDESAK
shahril.mie.che we.nawi.rizal.ijal bro.ajib.el.ron

Pengembaraan Bermula

Team pemancing terdesak yang betul betul terdesak gila

Friday, June 4, 2010

hantu air

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.
Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.
Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.
Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Hantu_air"

sabar ke korang?

org kata kalau nak memancing kena ada sifat sabar. Pendapat ini sememangnya tak boleh dinafikan kerana orang yang kurang sabar jarang sangat meminati hobi ini. Banyak perkara dan kejadian yg menuntut kesabaran, antaranya....

1.Tali pancing kusut dan bersimpul-simpul tatkala ikan sedang rancak menyambar ikan.
2.Langsung tak dapat ikan tatkala member di kiri kanan asyik tarik ikan dengan umpan yang sama.
3.Ikan bukan main galak main air tapi sekor pon tak mahu jamah umpan walau mencium sekalipn.
4.Berjam tunggu sekor ikan pun tak dapat tapi orang lain datang terus dapat ikan di tempat yg sama.
5.Kaki jaring dan jala dgn penuh selamba melakukan aktiviti diaorg depan mata ketika korang sedang memancing.
6.Tak boleh nak buka mata kerana mabuk laut sedangkan member-member rancak bertarung dgn ikan.